CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 3 June 2013

Wednesday, 12 December 2012

Cara Hadapi Peperiksaan


LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

ü Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

ü Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

ü Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

ü Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

ü Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda seperti kuah yang bersantan, atau pulut.

ü Bangun awal pada setiap pagi.

ü Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.

ü Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

ü Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

ü Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

ü Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

ü Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

ü Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

ü Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

ü Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

ü Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

ü Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

ü Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

ü Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancaran pemikiran pelajar.

ü Elakkan mengadakan perbincangan 'tergempar' tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sejurus sebelum dan selepas peperiksaan.

ü Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

ü Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

ü Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

ü Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

ü Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

ü Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

ü Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

ü Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

ü Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
ü Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

Monday, 24 September 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Semoga Blog ini dapat menjadi salah satu wadah untuk para guru dan murid dalam meningkatkan penguasaan dan ilmu tentang matapelajaran Matematik. Segala perkongsian ilmu dan bahan yang terdapat dalam blog ini dapat dimanfaatkan bersama.