CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

TIPS DAN MOTIVASI

Cara Belajar Matematik dengan berkesan


1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai

2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar adik.
#


#

kuatkan daya ingatan
#


                    7  petua hadapi peperiksaan

1.     Jangan panik
Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia mampu buat calon lupa 50 peratus dipelajari
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini.
Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2.     Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan.
Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3.     Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4.     Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output
learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5.     Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya.
Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6.     Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja.
Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7.     Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup.
Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas.
Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

2 comments: