LANGKAH-LANGKAH BIJAK
MENJELANG PEPERIKSAAN
ü Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan
perasaan.
ü Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan
penting.
ü Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara
tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
ü Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada
demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang
cekap.
ü Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat
dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda
seperti kuah yang bersantan, atau pulut.
ü Bangun awal pada setiap pagi.
ü Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.
ü Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
ü Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan
peluh.
ü Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai.
Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan
fikiran.
ü Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada
rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan,
atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
kurang ajar dengan guru.
ü Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
ü Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
ü Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan
guru dan rakan-rakan.
ü Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan
sebenar.
ü Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum
peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan
berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
ü Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang
diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
ü Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan
sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi
peperiksaan.
ü Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih
selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan
menggugat kelancaran pemikiran pelajar.
ü Elakkan mengadakan perbincangan 'tergempar' tentang
topik-topik hangat atau kaedah menjawab sejurus sebelum dan selepas
peperiksaan.
ü Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat
menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah
penting.
ü Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
ü Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas
soalan.
ü Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
ü Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas
yang bertugas.
ü Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang
peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar
daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam
peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang
peperiksaan!
ü Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
ü Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul
terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang
sukar dijawab.
ü Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan
mengikut arahan yang dinyatakan.
ü Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh
kejayaan selepas bekerja keras.
Tahniah di atas penghasilan blog dan ilmu yang boleh dikongsi bersama.
ReplyDeleteYa,banyak ilmu yang dapat di kongsi bersama untuk guru-guru dan juga pelajar teruatama tips menjelang peperiksaan.
ReplyDeleteInformasi yang sangat bermanfaat,syabas.
ReplyDeletePaparan yg bermanfaat..teruskan usaha murni cikgu...
ReplyDeleteTerima kasih atas makluma yang telah dikongsi bersama. Ia amat berguna kepada anak murid kita yang bakal menduduki peperiksaan.
ReplyDeleteBaiknya cikgu menyediakan maklumat yang mengenai cara-cara menghadapi peperiksaan.Pastinya ramai murid mengalami tekanan yang berat dalam minggu peperiksaan.Ini amat membantu dan memanfaatkan murid-murid.Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini.Tahniah kerana blog cikgu baik dan padat dengan pelbagai nota dan maklumat Matematik.
ReplyDeletepenerangan yang jelas.
ReplyDeleteTerima kasih dapat berkongsi maklumat..
ReplyDeleteByk maklumat yang bermanfaat...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeletePerkongsian yang berguna !
ReplyDeleteTahniah,banyak informasi yang boleh dikongsi bersama
ReplyDeleteInfo berguna sebelum peperiksaan,rasa macam exam STPM pulak!
ReplyDelete